(Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya. .(38 Surat Saad . Aayat51)


Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain): berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa..(52 Surat-ut-Tur . Aayat23)


Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. (56 Surat-ul-Waqiya . Aayat18)


Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil", ,(76 Surat-Al-Insan . Aayat17)


Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman; .(78 Surat-un-Naba . Aayat34)


Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya, ,(83 Surat-ul-Mutafifeen . Aayat25)

Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka), (88 Surat-ul-Ghashiya . Aayat14)




Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya). .(6 Surat-ul-Anaam . Aayat70)


KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur. .(10 Surat Younus . Aayat4)


Di belakangnya disediakan neraka Jahannam, dan ia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka). ,(14 Surat Ibrahim . Aayat16)


Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! ?(47 Surat Muahammad . Aayat15)


"Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas". .(56 Surat-ul-Waqiya . Aayat55)


Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya. ,(88 Surat-ul-Ghashiya . Aayat5)














2 comments:

  1. Syukran atas perkongsian,kak .
    :)

  1. Thanks for sharing.

    Sekiranya kakmemerlukan servis membina laman web, boleh layari http://www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my

    Terima kasih.

Post a Comment




Asma-UlHusna